Friday, April 3, 2015

2nd Pregnancy

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, dah sihat sejahtera. Pregnancy kali ni, body imune system mcm slow..kalau ada org sakit, cepat sgt rasa berjangkit tu. Bila sakit demam selsema batuk teruk, barulah akui, nikmat kesihatan tu sgtlah berharga. Ada duit pun, kalau dah sakit tu...mmg seksa. Nak makan pun xda selera. Untuk 2nd pregnancy ni, sama je mcm pregnant Azra, Alhamdulillah xda alahan jugak. Cuma yg obvious, sakit pinggang tu. Alahai...sampai solat duduk gamaknya.

Skrg dah pun 2nd trimester anddddd jantina pun dah tahu. Hihi. Excited iollss. To be honest, pregnancy kali ni excited dia mmg sama mcm Azra. Ni tak sabar nak buat 3D. Nak beli belah barang baby lagi lah tak menyabar. Huhu. Plan nk g expo motherhood kat KLCC weekend ni. Wowowo. Nak beranak pun xsabar. Haha. Sbb xsabar nk bg Azra adik/kawan. Lepas tu kan, hujung tahun ni nak masuk rumah baru..berangan2 syoknya bangun tidur ada 2 anak. Riuhnya rumah. Haha. Hari tu plan nak kerja, tetiba Azmizan ckp..kalau ada rezeki lebih, duduk rumah je lah jaga anak. Pucuk dicita ulam mendatang. Next year Azra 3 tahun dah. Nak enroll dia masuk play school dah. So, boleh bayang dan berangan, pagi2 siapkan dia hantar p play school, pastu ada adik baby teman mama kat rumah. Ouhh..berangan kan percuma.

Tentang family planning pulak, since first dah czer, yg second ni kami masih kekalkan Dr yg sama sambut Azra hr tu. Sbb sng, dia dah ada record kesihatan kan. Bincang2 hr tu time detail scan, kalau xda masalah, mmg boleh je normal sbb scar dah heal. Tp dlm hati ni, boleh ke nk normal. Sakitnya. Ah, malas nk fikir. Kalau mmg xtertanggung, mesti Tuhan lebih mengetahui. Hihi. Then terus discuss, after 2nd pregnancy ni, insyaAllah nak tanam implant (sbb the safest way and tak perlu mkn ubat tiap2 hari or ter ter ter kan). Kalau ikut planning, tanam untuk 3 tahun dulu. Nak rehat panjang sikit lepas baby no 2. Tp kita merancang, hihi...yg menentukan tu diluar bidang kami.

Azra skrg dah 90% on FM. Malam je or time dia mengada2 je still nak BF. Walaupun sempat fully BF dia setahun 10 bulan mcm tu (missed lg 2 bulan utk cukupkan 2 tahun), tapi tetap berpuas hati. Sbb rasanya dah bg yg terbaik kat dia. Actually Dr yg sarankan utk stop BF Azra sbb ada history pregnantkan premature baby, so xnak ambil risiko. Drama jugak lah nak bg dia FM. Haha. Dah lah dia mmg xpernah botol susu kan. Mmg bercinta sgt awal2 tu. Tp start sebulan ni, mmg dia dah biasa FM. Tapi mmg bg dlm kuantiti sikit je. Sebulan ngam2 dia minum 1kg je. Sehari bg dlm 2 or 3 kali . Setiap kali 150 ml. Tak bg byk sbb dia dah nk 2 tahun which is mmg xperlu bergantung pada susu dah. Lebih kpd makanan semula jadi. Kalau bg susu byk, dia xnak mkn mknn semulajadi. Ikut skrg, rutin mkn dia mmg teratur, bangun sarapan samaada 2 keping roti telur atau sebungkus nasi lemak. Then mkn buah pisang in between nk lunch. Lunch mee or spegeti. Minum ptg mcm2, kuih lah, cekodok lah ikut kerajinan mama dia. Then mkn mlm nasi. Lepas tu buah lg. so mmg xrisau bab nutrisi dia. Selagi perkembangan okay, ikut je rutin tu. Dia pun jenis mmg mkn. Layankan je. Nak tdo je bg susu. Bulan depan 2 tahun dah. Cepat betul masa berlalu. 


Sekarang menghitung hari nak dpt baby baru dan masuk rumah sendiri insyaAllah. Excited! Perabot rumah dah beli sikit2 before GST hr tu. Haha. Save byk jgk beribu. Kalau tak, ke GST lah duit tu. Yg tggl dining dgn cabinet dapur termasuk machine basuh and peti ais. Yg lain Alahamdulilah settle. Yg kecik2 tunggu duit byk. Haha. Perkara first nak buat bila dpt kunci, tanam rumput carpet and tanam pokok. Tu Azmizan paling excited nk menanam2. Semoga ada ada rezeki untuk kami sekeluarga. Until then :)))))

Tuesday, February 3, 2015

2015, A good year

Alhamdulillah, 2015 permulaan yang baik for me.

Pertamanya, kami diberi rezeki untuk memiliki rumah sendiri. We always said that before 30 we need to own a house. Lepas tu, Azmizan decided that mesti before the GST. Sbb, rata2 developer yg kami jumpa, semua ckp benda yg sama kemungkinan harga rumah akan naik 6-10% after GST been implemented. Nak cerita sedikit pengalaman membeli rumah ni.


  • Pertamanya, tanya diri nak first hand atau second hand house. Kalau tak kesah mana2, boleh teruskan ke langkah seterusnya.
  • For us, kita mmg awal2 dah bercadang nak rumah first hand. Meaning that you beli direct dari developer rumah yang sedang dlm pembinaan. So, kami hanya survey rumah2 yg sedang dlm pembinaan. Tengok2 show house, tgk2 booth yg diorg buka kat mall. Pointnya, survey!
  • Untuk sesiapa yg beli rumah first hand ni, penting utk anda tahu background developer tu. Kalau boleh cari yg well known atau mempunya track record yg baik atau mempunyai resume project2 perumahan yg cemerlang. Ini penting utk mengelakkan anda berhadapan situasi rumah lambat siap dari tarikh dijanjikan, rumah tak mengikut spesifikasi, rumah yg finishing tak elok dan lain2. Utk kami, ni adalah perkara utama yg sgt kami tekankan. Kalau boleh nk project under Sunway ke SP Setia ke kan. tapi area sini mmg xda diorg masuk. Alhamdulillah, dpt jgk developer yg well known kat Malaysia ni. Jadi rasa yakin kat diorg tu tinggi. 
  • Bila dah survey, dah check background developer, masanya utk memilih rumah yg memberi tawaran paling menarik. Kami beli rumah ni sbb tawaran dia mmg irresistible. 10% REBATE! bila beli rumah, kita kene byr 10% downpayment kan. Bila pihak developer bg 10% rebate, ini bermakna seolah-olah kami tak payah byr down payment (i will tell you why this is important, nanti). Lagi, dia bagi cash voucher barangan electric RM2500 (Jimat dah untuk 3 biji Air Cond.) , FREE CCTV , FREE alarm system, FREE 2 years guard house fees dan semua legal fees adalah ditanggung pihak developer.
  • Okay, tentang rebate 10% tu, kenapa ia sgt berharga dan penting bg kami. Normal practice, you beli rumah, byr deposit booking, loan lulus, sign S&P , bwk ke pejabat KWSP, KWSP bg duit dlm account 2. then duit EPF tu lah yg org akan byr down payment 10% tu. Contoh harga rumah RM500k, downpayment RM50k dr KWSP yg korg akan guna utk byr. kalau duit simpanan byk, tak perlu keluarkan KWSP. Dalam case kami, sbb rumah ni developer bg rebate 10% , jadi kami tak payah byr duit down payment. Tapi, kami still keluarkan KWSP, dan kami guna duit tu utk byr baki loan kereta Azmizan. Jadinya, kami dah tak ada hutang kereta. Alhamdulillah. Jadi, tiap2 bulan, fikir byr loan rumah shj. The idea was actually came from the banker. Kami berterima kasih lah kat Cik Cindy sbb bg kami idea ni. Now you see, the important of that 10% rebate. Sebolehnya, cari rumah yg mempunyai tawaran yg menarik.
  • Sebolehnya, mmg niat nak cari rumah yg guarded and gated. Sbbnya, lokasi rumah dgn tmpt kerja Azmizan adalah sejam perjalanan. So kemungkinan untuk dia tak balik setiap hari adalah tinggi. (Lagipun dia ada company house). So, memikirkan keselamatan kami anak beranak, mmg mempunyai kawasan kejiranan yg berpagar dan berpengawal ni adalah pilihan yg sgt utama. 
  • Pilihan lokasi rumah pun sgt penting. pastikan dekat dgn masjid, sekolah, kedai2, hospital dan memilih kejiranan yg ramai penduduk melayu pun penting. Bukan races ya, tapi senang nanti nak buat kenduri kesyukuran ke dan sebagainya. 
  • Plan rumah, ini adalah faktor yg penting time survey. Mcm Azmizan, dia kalau boleh nak rumah semi-D sbb nak ada tanah. Maklumlah org suka dgn landscape and gardening ni mmg tu citarasanya kot. Then dia nak rumah 2 tingkat sbb privasi, bilik kat atas kan. Ada ruang keluarga kat atas. So, kalau ada tetamu datang privasi anak2 tu ada. Tapi for me, mmg nak rumah setingkat. sbb senang nak mengemasnya. Tak perlu turun naik tangga. Sbb dia yg membyr tiap bulan, ikut shj lah.

InsyaAllah end of this year we move in.


Keduanya, this year we are expecting our second baby to arrive, Alhamdulillah. Sekarang Azra dah 1 tahun 9 bulan. Ramai yg beranggapan gap antara Azra and our second baby tu dekat. Because of the czer history kot org risau. But dont worry, i consult dgn my doctor first and everything was fine, InsyaAllah. The idea untuk pregnant balik ni datang dgn byk sbb. First i was inferior kalau jadi apa2 dekat Azra and i cannot bear anymore child, Allah s.w.t tak takdirkan sy untuk mengandung lg (sy mmg dramatik sgt fikiran). Second, tiap2 hari mengadap Azra main sorg2, alahai kesian sgt. Dia bukan pergi day care atau dihantar ke pengasuh. Jadi hari2 dia main sorg2 atau dgn mama dia ni lah. Kesian. Kalau ada adik, best sikit dia nak main bergaduh semua. Rumah kami pun lagi riuh. Ketiga, mmg nak pregnant. Perasaan tu dtg je tiba2. Kalau tanya ramai org mesti anak kedua dia nak sepasang. Means kalau first perempuan second nak lelaki and vice versa. Klau tanya saya jujur2, sy nak first second third perempuan, bongsu lelaki. haha. Sbb rasa sgt best tengok anak2 perempuan ni grew up jd best friend. Mcm alahai sweetnya. Yg bongsu lelaki tu just menjadi peneman mama dia bila kakak2 dia pergi asrama. Ha, berangan sgt. Apa pun gender, honestly tak kesah (Walaupun ramai kata kali ni lelaki. Kita tengok je lah. Janji sihat sempurna tu dah mencukupi, Amin).

Alolo,..Azra Tihani few seconds lepas keluar dari perut mama. Nak jadi kakak dah.

Ketiganya, insyaAllah soon, jika ada rezeki, sy akan bekerja kembali. Mula2 mmg devastated memikirkan akan bekerja semula ni. Sbb rasa tak adil dgn second baby ni. Sbbnya time Azra ditatang mcm minyak yg penuh 24 jam mengadap dia je. Then second baby kene hantar pengasuh. rasa mcm tak adil. Tapi i tried to console myself, maybe i can take unpaid leave until baby reach 4 months old kalau bos benarkan. kalau dpt 6 months lagi best sbb boleh exclusive direct feeding sebelum dia start solid food. Then i make up my mind, mcm2 mn pun mesti dptkan pengasuh yg jaga baby and Azra je. (Kalau boleh nak pengasuh yg jaga anak kakak ipar, sbb caring sgt pengasuh dia tu. kena deal pujuk2 lah kot). By the way, kerja ke tak ke, dari dulu percaya, insyaAllah rezeki tu ada untuk anak2. jangan risau. Bak kata Mak Jah dari keluarga Iskandar, everything was set from the top gitu. haha. Lawak cerite tu. 

Alasan untuk kerja balik ni bukan nak hidup mewah pun, Bukan berangan nanti ada duit sendiri boleh shopping mcm2 (sbb mmg bukan kaki shopping pun), cuma nak menambah simpanan keluarga maklumlah nanti anak2 dah start sekolah semua, mesti nak ada kewangan yg kukuh. Kami pun dah bincang sama2, sampai kehidupan kewangan dah stable, sy akan berhenti jgk sbb bg sy, tugas seorg isteri mmg menjaga hal kelestarian keluarga. Kalau dua2 penat lelah cari duit, hidup mewah tapi balik keje penat, anak sedikit terabai, jarang memasak di rumah, bg saya tu bukan satu fungsi keluarga yg baik. Hidup sederhana tapi ada org yg menjaga kebajikan keluarga tu lebih penting bg sy. Tengok anak2 membesar tu mmg satu kepuasan. 

Assalammualaikum..

*Obses dengan pinterest sekarang. cantik2 deco rumah diorg. huhu. Nak cari idea.

Thursday, September 11, 2014

Azra...

                                     

Sekejap je dah setahun 4 bulan....

Sekarang masih semua 'mama'....
Mama mandikan, 
Mama tidurkan,
Mama bawa jalan2 taman,
Mama pegangkan tangan bila main gelongsor,
Mama suapkan makanan,
Mama bacakan buku,
Mama ajarkan flash card,
Mama pakaikan baju,
Dan yang lain2 masih semuanya cari mama...

Kalau ramai orang, mesti tangan erat pegang mama takut orang ambik dia,
Bangun tidur mesti nak tengok muka mama, kalau tak nangis satu taman dengar..

Diri ni rasa sangat2 istimewa,
Sebab ada orang yang sangat hargai kehadiran kita,
Bila mata dia cari kelibat kita, rasa berbunga hati..

Sekejap lagi kau akan membesar,
Hilang mamamu diganti kawan-kawan
Perhatianmu juga akan berubah, mula cenderong pada dunia luar 
Mula bercinta, mula berahsia,
Mula bekerja, makin sedikit ruang waktumu untuk mamamu,
Mula berkahwin....makin menghimpit ruang waktu bersama mamamu..

# hargailah waktu sekarang, kerana esok belum menjanjikan sesuatu.
# huhu. I am a sappy cum clingy mommy.